SEJARAH SEKOLAH

staff AUSEJARAH AWAL SKAU KERAMAT

Sekolah Kebangsaan A.U. Keramat  didirikan pada awal tahun 1990, di dalam sebuah kawasan seluas 6.6 ekar. Terletak di kawasan perumahan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jalan AU/3, Taman Keramat, Ampang Ulu Kelang, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Mempunyai dua blok bangunan tiga tingkat.  30 bilik darjah, sebuah Pusat Sumber, Kedai Buku, Bilik Agama, Klinik Gigi, Bilik Guru, ruang pejabat sekolah, pejabat Guru Besar serta tiga buah bilik Guru Penolong Kanan.  Sebuah blok yang digunakan sebagai Kantin Sekolah. Untuk kemudahan sukan serta permainan sebuah padang seluas 1.7 ekar juga telah disediakan.

Sekolah ini dibuka untuk sesi persekolahan yang pertamanya pada 1hb. Disember 1990 dengan satu sesi persekolahan iaitu disebelah pagi sahaja.

Tuan Haji Abu Hassan b. Haji Sidek  Guru Besar yang pertama  Dibantu tiga orang Guru Penolong Kanan  Puan Hasnah bt. Abd. Manan (GPK Tadbiran & Kurikulum)
                            Puan Hajjah Habibah bt. Haji Hassan (GPK HEM)
                            Tuan Haji Zaman b Saufi (GPK Kokurikulum).

Pada tahun kedua  Puan Rohani bt. Jamaluddin dilantik sebagai GPK Petang.

Sekolah ini juga telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah "pilot project" bagi Pra-Sekolah. Sebanyak dua buah kelas dibuka dengan dua orang tenaga pengajar serta dua orang pembantu. Murid seramai 48 orang telah ditempatkan bagi setiap kelas.

Murid-murid  kebanyakkannya tinggal di kawasan berhampiran - di pangsapuri, rumah pangsa serta rumah teres. Hampir separuh daripada mereka menetap di kawasan Selangor dan selebihnya pula tinggal di kawasan Wilayah Persekutuan. Ini adalah kerana sekolah ini terletak di sempadan antara Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pencapaian kemajuan sekolah ini,  di dalam bidang Kurikulum, KoKurikulum atau Hal Ehawal Murid,  amat menggalakkan. Walaupun  sebuah sekolah yang baru, namun ia mampu bersaing dengan sekolah-sekolah yang telah lama beroperasi.

Sekolah ini  dipilih sebagai Sekolah Contoh bagi tahun 1995 dan sentiasa menjadi sekolah projek bagi beberapa acara utama bagi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.Semoga ini semua dapat dikekalkan dan menjadi perangsang supaya sekolah ini maju dan terus berjaya dimasa-masa akan datang. BERUSAHA BERILMU BERJAYA!
 

balik ke Menu Sejarah