HAL EHWAL MURID

Bidang Hal
Ehwal Murid lebih cenderung kepada
memberi khidmat dan berurusan dengan
segala perkara yang membabitkan
murid-murid. Di dalam bidang HEM juga diujudkan beberapa Jawatankuasa yang
berkait rapat dengan segala urusan dengan murid khasnya. Antaranya :-
JK DISIPLIN & PENGAWAS
|
JK KEBAJIKAN MURID
|
JK PINJAMAN BUKU TEKS
|
JK PROGRAM SUSU SEKOLAH
|
JK KANTIN
|
JK ANTI DADAH
|
JK KESIHATAN
|
-
Dari masa ke semasa Hal Ehwal Murid
juga bertanggung jawab mengadakan beberapa aktiviti untuk dimanfaatkan
bersama oleh murid-murid khasnya dan sekolah amnya. Bahagian HEM adalah
satu saluran yang berhubung rapat dengan Ibu Bapa bagi menangani segala
hal yang berkaitan dengan murid-murid. Tidak dinafikan bahagian HEM memainkan
peranan yang penting di dalam memastikan sesebuah sekolah itu beroperasi
dengan baik.