PIAGAM SEKOLAH

 
Kami guru dan kakitangan bukan guru Sekolah Kebangsaan AU Keramat berikrar akan memberi keutamaan dan komitmen kami kepada:
PELAJAR
* Menyediakan prasarana yang bersesuaian untuk kepentingan pelajar.
* Sentiasa menjaga maruah.
* Mengajar dengan adil.
* Menggunakan Bahasa Melayu baku.
* Mempelbagaikan rangsangan untuk penambahan keinginan dan peningkatan proses
   pembelajaran.
* Memupuk kesedaran penuaian tanggunjawab terhadap agama, diri sendiri, sekolah,
   keluarga, masyarakat dan negara.
IBUBAPA
* Membantu mengatasi masalah persekolahan anak/jagaan mereka dengan cepat dan
   berkesan.
* Memberi layanan dengan penuh kewibawaan.
* Menanamkan semangat kekitaan.


JABATAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

* Menyediakan maklumat dengan cepat, tepat dan lengkap.
* Menjawab surat-surat dalam masa tiga hari.


ANGGOTA MASYARAKAT

* Melayan tamu dengan hormat, selesa dan memenuhi hajat yang berpatutan.
OBJEKTIF
          * Untuk memastikan semua murid-murid boleh membaca, menulis dan mengira.
          * Untuk melengkapkan murid-murid dengan kemahiran intelek dan PSIKOLOGI yang
             perlu serta tabiat kerja yang betul.
          * Untuk memupuk sikap yang sesuai terhadap kemuliaan, pekerjaan, hormat  dan cinta
             kepada semua manusia dan bertanggungjawab kepada negara.
          * Untuk  menyuburkan warisan dan kebudayaan kebangsaan.
          * Untuk membentuk moral budi pekerti individu yang boleh diterima oleh masyarakat dan
             selaras dengan kepercayaan agama.


MATLAMAT SEKOLAH

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, sekolah ini berusaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap pembangunan keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara.


 
 
 
Menu
Sejarah
Carta Organisasi
PIBG
Album SKAUK
Falsafah, Misi & Visi 
Kurikulum
Ko-Kurikulum
HEM
Penutup